PERASAN TAK ??
PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan
seangkatan dengannya...
PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...
PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa
ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu
kawan-kawan...
PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar
seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi
betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan
panjang...
PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk
saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis
ditelaah...
PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton
bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat
supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat,
sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah
dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya,
sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia,
permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
///:Peringatan untukdiri sendiri, InsyaAllah yang lain juga.
~SEKIAN~
sumber
No comments:
Post a Comment
jemput komen..