Assalamualaikum
Kalau semalam daku ade cakap yang nak buat kek kan. Yg terjadinya adalah cupcakes. Mudah dan senang disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak. Jom tengok resepi:
Bahan-Bahan:
Bahan A (Diayak)
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik
1/2 cwn Serbuk Koko
1 sk Soda Bikarbonat
1 sk Garam
1 1/2 cwn Gula Halus
1/2 cwn Serbuk Koko
1 sk Soda Bikarbonat
1 sk Garam
1 1/2 cwn Gula Halus
Bahan B
2 biji Telur
1/2 cwn Minyak Jagung
1 sk Esen Vanila
1 sk Cuka Putih
1 sb Pewarna Merah
1 cwn Buttermilk (boleh dibeli di pasaraya. Kalau tak jumpa boleh digantikan dengan campuran 1 cwn susu segar dan 1 sb cuka, Digaul dan biarkan 10-15 minit sehingga susu pekat sedikit)
1/2 cwn Minyak Jagung
1 sk Esen Vanila
1 sk Cuka Putih
1 sb Pewarna Merah
1 cwn Buttermilk (boleh dibeli di pasaraya. Kalau tak jumpa boleh digantikan dengan campuran 1 cwn susu segar dan 1 sb cuka, Digaul dan biarkan 10-15 minit sehingga susu pekat sedikit)
Cara Membuat:
- Pukul Bahan B sehingga kembang.
- Masukkan Bahan A ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
- Cedokkan adunan ke dalam cawan cupcakes sehingga 3/5 penuh.
- Bakar di dalam oven selama 20 minit dengan suhu 180'C.
Bahan Topping:
1/2 cwn Mentega
1/2 cwn Gula Halus
1 sb Perahan Lemon
1sb Susu Segar
1/2 cwn Gula Halus
1 sb Perahan Lemon
1sb Susu Segar
Cara Menyediakan Topping:
- Pukul bahan topping sehingga kembang dan bertukar ke warna sedikit putih. Masukkan ke dalam piping bag dan sapu ke atas cupcakes yang telah sejuk (daku tepekkan je guna sudu sbb xde piping bag. comel jugak kan). Hiaskan dengan sedikit hancuran cupcakes.
Ni la hasil yang daku buat semalam.
Comel tak comel tak
ni edisi gelap sikit. insyaAllah boleh diperbaiki. yang penting sedap
~SEKIAN~
macam sedap je.. macam sedap je..hehehe
ReplyDelete