nuffnang ads

Thursday, November 7, 2013

Jemput-Jemput @ Cekodok Lembut

 Assalamualaikum

 

Wahhh gambo jemput-jemput daku upload harini. amacam terancam tak? Ala jemput-jemput sejemput je.

Jemput-jemput ni walaupun nampak senang nak buat, tapi semua wanita tahu ke nak buat jemput-jemput ni. huhuhu no komen. daku ok jer kadang2 buat santapan pagi atau petang tuk family.

Erm kalau biasanya kita buat jemput-jemput atau cekodok ni adun guna air sejuk biasa kan. Tips yang daku dapat daripada mak kalau nak buat cekodok yang lembut tanpa perlu dikunyak masa nak makan tu, adun tepung menggunakan air panas. Alhamdulillah memang menjadi kegemaran daku la kan jemput-jemput bawang ataupun kentang. senang nak buat.

 
 ni la lebih kurang rupa adunan jemput-jemput bawang + ikan ilis + daun kucai yang daku buat. 

Tips lain yag daku nak beri adalah jangan buat adunan yang terlampau lembik kerana jika terlampau lembik akan menyebabkan jemput-jemput yang digoreg akan berderai di dalam kuali.

~SEKIAN~

2 comments:

jemput komen..