nuffnang ads

Monday, November 18, 2013

Seram: Villa Nabila, budak hilang (updated)

Assalamualaikum...
18.11.2013

Daku terbaca kat fb pagi tadi pasal kejadian terbaru di villa nabila johor bahru dimana 23 budak telah hilang di kawasan villa tersebut dan sehingga entry ini ditaip mangsa masih belum ditemui. diceritakan bahawa kehilangan mereka sejak 16.11.2013 yang lalu. mereka masuk ke dalam villa tersebut dan tidak keluar sehingga kini.


Para penguat kuasa dan ustaz bijak pandai telah melakukan pelbagai usaha untuk menjejak mereka. Bila azan dilaungkan mereka dapat mendengar suara meminta tolong tetapi jasad mereka tidak ditemui. Usaha menggunakan anjing pengesan juga tidak membuahkan hasil.

untuk mengetahui dan membaca lebih lanjut bolehlah ke Facebook Paranormal Teams. Terdapat juga sekeping gambar yang dimuat naik yang dikatakan mempunyai gambar 'mereka-mereka' dialam sana. kalau nak tengok sila tekan link diatas ye.

UPDATE: 1pm
hanya ibu bapa kepada seorang budak 16 tahun yang hilang selepas dipercayai menuju ke villa nabila membuat laporan polis. oleh itu polis mengesahkan bahawa hanya seorang budak yang hilang dan berita yang tersebar mengatakan 23 orang telah hilang di illa nabila adalah berita palsu. Berikut adalah gambar budak yang dilaporkan hilang.


Mohd Izzat Izzzudin Hussin
16 tahun
Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis ditalian 072212999

UPDATE: 7am 19.11.2013
Khabar yang mengatakan 23 orang telah hilang di kawasan ini memang benar dimana 22 orang telah ditemui dalam keadaan dirasuk manakala seorang lagi iaitu Mohd Izzat Izzudin sahaja yang masih gagal ditemui,

Fakta: 30 orang pergi, 7 orang keluar dan mendapatkan bantuan di masjid berdekatan selepas rakan-rakan mereka drasuk. 22 orang berjaya ditemui dalam keadaan dirasuk. seorang masih hilang
sumber

~SEKIAN~

2 comments:

  1. panas kejap dunia internet dengan kes villa nabila nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. sy interested nk buat post sbb sy dulu g keje ulang alik depan rumah ni. so excited nak tau perkembangan die.

      Delete

jemput komen..