nuffnang ads

Monday, December 30, 2013

Mee Rebus Pekan Sungai Rengit

Assalamualaikum...

Di petang-petang yang syahdu ni tetiba teringat kat mee rebus. Lebih syok lagi kalau dapat makan mee rebus kat pekan Sungai Rengit, Kota Tinggi Johor tu sedapnye.

Selalunya kalau kat johor ni orang selalu promote mee rebus Hj Wahid kan. tapi pada daku tak berapa minat sangat kat mee rebus tu. yang menjadi idaman semestinya mee rebus yang daku makan sejak kecil lagi iaitu mee rebus yang terdapat kat gerai di pekan sungai rengit dekat dengan kampung daku Felda Adela.

Ni merupakan mee rebus yang daku makan. dari dulu sehingga kini sama je rupanya. Dulu RM3 tuk sepinggan tapi sekarang da naik RM3.50. Masih murah la ni kan.


Kedai / warung die terletak betul2 dekat sebelah klinik kot. Kalau dari Kota tinggi sampai penghujung jalan belok kanan dan boleh nampak warung kat sebelah kiri tepi jalan. Dulu jual bawah pokok je dan kedai semakin membesar membesar. lepas ade projek nak buat so die pindah berdepan dengan kedai pokok tersebut ke kawasan lapang berhadapan.


Ni merupakan kali pertama husband makan kat sini. wahhh sekejap je habis. memang tak angkat muka. de dalam gambar adalah abah, daku n fatihah. Memang syok dan sederhana je makan kat sini. Selain mee rebus yang memang menjadi tarikan ada juga nasi lemak dan sate. Kalau nak makan kat sini kene datang awal dalam kul 3 ke 4 ptg. kalau datang kul 5 silap2 dah habis. tiap kali datang mesti bungkus tuk bawak balik sekali tuk makan sebelah malamnya. memang syok habis

 ~SEKIAN, WASALAM~

5 comments:

  1. mee rebus haji wahid ye..dah lama tak makan wp tak berapa jauh dari umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. x minat sangat mee rebus hj wahid sbb kuahnye pekat. kalo yg ni sedang2 je

      (suka hirup kuah)

      Delete
  2. Terima kasih blogger kerana promote warung ini...terharu rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kegemaran dari kecik. bila makan kat tempat lain rasanya memang berbeza. tetap teringat yg ni jugak

      Delete
  3. Salam siti norhafizah muhamad..teruma kasih atas sokongan dan doa anda...kini kami kembali semula sila klik..sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya chef taufiq 0197672759

    https://warung-pak-mail-mee-rebus.business.site/

    ReplyDelete

jemput komen..