nuffnang ads

Tuesday, December 3, 2013

Petition menggesa meletakkan KEUTAMAAN hanya Doktor Wanita dan Jururawat Wanita di bilik dan wad bersalin

Assalamualaikum...

Tandatangan Petition Ini

Klik link diatas untuk sign petition.

Kementerian Kesihatan Malaysia: Kami menggesa meletakkan KEUTAMAAN hanya Doktor Wanita dan Nurse Wanita di bilik dan wad bersalin.

Mari kita semua rakyat Malaysia menandatangani petition bagi menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia meletakkan keutamaan kepada hanya doktor dan jururawat wanita untuk ditempatkan di dalam bilik bersalin.

Daku sebagai seorang yang pernah bersalin di hospital kerajaan. Semasa pertama kali datang untuk melakukan pemeriksaan doktor lelaki yang memeriksa kat bawah. Daku lihat sekeliling dan memang hanya doktor lelaki (pelatih dan on call) yang berada di wad saringan. Disebabkan da sakit terpaksa tadah je lah.



Bila datang kali kedua doktor pelatihh perempuan yang buat pemeriksaan tetapi selepas tu ada pulak doktor lelaki yang bertaraf Dato' datang untuk pemeriksaan bukaan kali kedua, hanya untuk mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor pelatih tersebut! Macam bahan ujian pulak rasanya.

Walaupun Doktor lelaki itu meminta maaf setiap kali terpaksa periksa kat bawah, tapi kita yang segan. Alhamdulillah bila dah masuk labour room hanya doc n nurse wanita yg incharge kecuali sekali tuk pecahkan air ketuban. Yang dapat diluahkan hanya pada suami je lah....

Mari kita Rakyat Malaysia tanda tangan petition yang disediakan. Mohon doa Kerajaan dan KKM serta bahagian bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya.

~SEKIAN, WASALAM~

1 comment:

jemput komen..