nuffnang ads

Tuesday, December 31, 2013

Tepuk Amai-Amai

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua, jom kita main tepuk amai-amai


Tepuk amai-amai, Belalang kupu-kupu

Tepuk biar pandai, Siang malam upah susu

Monday, December 30, 2013

Mee Rebus Pekan Sungai Rengit

Assalamualaikum...

Di petang-petang yang syahdu ni tetiba teringat kat mee rebus. Lebih syok lagi kalau dapat makan mee rebus kat pekan Sungai Rengit, Kota Tinggi Johor tu sedapnye.

Selalunya kalau kat johor ni orang selalu promote mee rebus Hj Wahid kan. tapi pada daku tak berapa minat sangat kat mee rebus tu. yang menjadi idaman semestinya mee rebus yang daku makan sejak kecil lagi iaitu mee rebus yang terdapat kat gerai di pekan sungai rengit dekat dengan kampung daku Felda Adela.

Ni merupakan mee rebus yang daku makan. dari dulu sehingga kini sama je rupanya. Dulu RM3 tuk sepinggan tapi sekarang da naik RM3.50. Masih murah la ni kan.

Happy Love Mak & Abah 44 Tahun

Assalamualaikum...

Sepulangnya kami sekeluarga dari Fraser's Hill, kami telah merancang nak buat aktivi nak menyambut ulang tahun perkahwinan Mak & Abah, tapi disebabkan cuaca yang tak berapa menentu so kami ambil keputusan untuk buat indoor aktiviti je. Ape lagi makan2 lah....

Kami pergi ke AEON Big Rawang & pilihan makanan yg kami pilih adalah ke Pizza Hut. Yang senang kate kak ija. Selepas wat order kami mintak diri sekejap n g beli kek. So ni la sebahagian kenangan yg daku dpt coretkn kat blog kecil ni.

Kasi potong sama itu kek

Sunday, December 29, 2013

How to UNFOLLOW blogs you are following

Assalamualaikum...

Terkadang kita fikir telah membuat pilihan yang kurang tepat dan kita mahu menyahkan ia dari kehidupan kita. Mungkin juga dalam kita lakukan blog reading dan terjumpa sesuatu bahan yang menarik sehingga kita terdorong untuk follow sesebuah blog. Terkadang baru kita tersedar yang ada sesetengah blog yang kita follow tu tak sesuai dengan jiwa kita. Oleh itu terfikir nak removekan ia dari blog list kita kan. Macam mane nak berhenti mengikuti blog2 yang kureng sesuai dengan jiwa kita.

1) On your Dashboard page, click on the gearwheel icon on the upper right of your Reading List. 


2) When the "Manage Blogs I'm Following" page opens up, click on the "Settings" link across from the title of the blog that you want to stop following. 

Friday, December 27, 2013

Trip Fraser's Hill: Salam Kasih Sayang

Assalamualaikum... 


Bergambar kenangan di Tugu Fraser's Hill yang terletak di jalan keluar menuju ke KL & Pahang

Kasi can cik din mencelah sbb kak ayu & anaknya tidur da

Alhamdulillah tertunai hajat kami nak pergi ke Fraser's Hill. So far pengalaman yang sangat menakjubkan walaupun pergi dalam waktu yang singkat dan tak la banyak sangat tempat untuk dilawati seperti cameron highland tetapi kehadiran ahli keluarga terutamanya Mak & Abah yang membahagiakan kami. Terima kasih yang tak terhingga darikami sekeluarga.

Trip Fraser Hill: The Paddock Fraser's Hill

Assalamualaikum...

-Pasangan bahagia-

Dari Allan's Water kami menuju ke The Paddock Fraser's Hill.

-Tuan tanah-

Di sini terdapat kemudahan untuk menaiki kuda, memberi makan kuda dan juga permainan memanah. Kami tak berkesempatan naik kuda sebab tagan hubby tang masih belum kukuh tak berani nak naik kuda. anak dara pulak di pertengahan kami melawat tempat ni baru bangun tido. Daku pun tak berani nak naik kuda. kalau kereta kuda boleh la gagahkan diri jugak.

Thursday, December 26, 2013

Trip Fraser Hill: Allan's Water

Assalamualaikum... 

Kami memulakan perjalanan pengembaraan hari kedua kami di Fraser Hill dengan menuju ke Allan's Water. huihhh sibuk betul nak kesini terutamanya cik abang Azlan Shah kite nih. mentang2lah ala2 name panggilan die kan.

-pintu masuk Allan's Water-

Di Allan's Water ni terdapat aktiiti air seperti menaiki bot kayuh dan juga bermain waterball. tetapi semasa kami datang ni aktiiti waterball tidak disediakan. tak pasti pulak kenapa. so meh kita beratur tuk main bot kayuh je la ye

Trip Fraser Hill: Menara Jam & FHGC

Assalamualaikum...


Pagi tu kami bersarapan buffet di hotel sahaja. Makanan yang disediakan tak segah hotel2 besar tapi ccukup untuk mengenyangkan perut. biasalah bufet kot tambah je lah selagi nak makan. kalini daku pun pecah rekod menambah nasi goreng. bukan sebab sedap tapi sebab pilihan makanan lain  berapa hado. nasi goreng je yang masuk. boleh la

-kami bersarapan-

Selepas sarapan kami meneruskan misi utama pagi ini iaitu mengambil gambar di JAM FRASER HILL. Alhamdulillah tertunai hajat nak g naik sini. dapat jugak merasa naik sini & tau keadaannya macam mane

family daku & si blogger mama

Trip Fraser Hill: Taman Flora Bukit Fraser & Playground

Assalamualaikum...

-Pasangan Bahagia Amat & Junah-
Anniversary 24.11.1969

Petang selepas check-in hotel tu kami plan nak g jalan-jalan. tetapi memandangkan dah petang banyak spot yang dah tutup. Jalan2 dan nampak 1 tempat yang masih buka adalah Taman Bunga. Masuk free je tuk tengok2. Ada banyak jugak jenis bunga yang tertanam tetapi kami kurang bertuah sebab buah strawberi masih belum berbuah lebat so tak boleh masuk n kutip2. so jengah2 je lah apa yang ada

-our small family-

Trip Fraser Hill: Singgah Empangan Kuala Kubu Baru

Assalamualaikum...

Entry yang dah lama tertangguh dek kerana daku gagal upload gambar yag mempnyai saiz yang agak besar.daku juga nak meminta maaf kepada pembaca yang gagal melihat gambar yang daku upload selama ni sebab daku cuba ambil jalan mudah dengan copy paste dari gmail daku semua gambar yang daku nak upload untuk diceritakan. harini daku bersungguh2 mengecilkan saiz gambar2 album fraser hill daku & Alhamdulillah daku dapat upload kesemuanya. Baru best nak cerita
__________________________________________________

Percutian kami di Fraser Hill berlangsung selama 2 hari 1 malam. kata org g fraser hill  perlu lame2 sbb tempat yang nak dilawati terhad. tapi pilihan masing2. kalo nak relaks2 boleh je. Kami memilih untuk bercui ke Fraser Hill kerana nak menyambut ulang tahun perkahwinan Mak & Abah ke 44 tahun dan sempena negeri Johor yang cuti pada 22.11 tu


Ni belum sampai Fraser Hill lagi tau. perjalanan dari rumah kak ija dihentikan kerana kak ija yg sgt ecited nak menyinggah di salah satu empangan yang terletak di Kuala Kubu Baru. Lokasi yang sangat menarik untuk mengambil gambar. Alang2 da sampai so kite snap2 picture la

Resepi: Kuih Abok-Abok/ Biji Sagu

Assalamualaikum...

Antara kuih tradisi yang daku sangat gemar request nak buat bila balik kampung adalah kuih Abok-abok. daku tak tau nama lain dia ape tapi nilah nama yang daku panggil. memang sedap nak makan. membuatnya pun mudah, so daku pun rajin la nak buat. lebih2 lagi dengan mak kat kamoung memang menyelerakan

 tekstur dalam kuih abok-abok. buat memang kejap je habis dalam 40 biji, x sampai pagi dah selesai masuk perut

 cara bungkusan kuih abok-abok

Resepi: Roti Pisang (Banana Bread) sangat mudah

Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas dengan semangat berkobar2 nak mencuba resepi. Resepi yang daku ambil dari rancangan Masterchef Australia Season 5, episod Masterclass. Resepi ni diajar oleh pengkritik makanan Matt Moran.

 Resepi roti yang sangat mudah untuk dibuat. daku takde acuan roti so masukkan la dalam cup untuk cupcakes ni. jadilah namenye Banana Cupbread daku panggil

Hasil yang sangat menggebukan. tekstur macam kek span (sponge cake)

Saturday, December 21, 2013

Resepi: Pulut Serunding

Assalamualaikum...


Pulut serunding sesuai untuk menu sarapan pagi atau minum petang.

Actually terjadinya resepi pulut serunding ni dengan tak sengaja. kat kampung daku mak selalu rebus pulut dan makan dengan kelapa muda diparut kosong je. Masa kami balik kampung haritu mak ada buat untuk sarapan pagi. tapi daku tengok encik suami macam segan je nak makan pulut ni, mungkin tak biasa. So daku sebagai isteri solehah pun fikir la cara nak bagi dia makan jugak ulut yang mak masak tu. Daku terfikir nak buat serunding kelapa untuk dimakan dengan pulut tu. tanya mak tak tau katanya nak masak serunding kelapa macam mana. hurm....so mulalah aktiviti mengetest menerai mengolah resepi daku. hasilnya sangat menakjubkan.

Resepi: Jeruk Kedondong

Assalamualaikum... 

Minggu sebelum ni kami balik dari johor menyinggah ke rumah kak long belah husband sbb nak menghantar ade la sedikit bekalan yang kami bawa dari johor. ala biasela kunjung mengunjung ni kan. Nak balik ke TBS kami diberikan buah kedondong yang diberi oleh jirannya. kuantiti agak banyak so nak makan gitu je memang tak layan la kan. daku buat keputusan tuk buat jeruk kedondong

ni merupakan hasil selepas dijeruk selama 2 hari. sedap tau

Sate Tulang Dataran Senawang

Assalamualaikum...

Pagi2 ni sebagai pembuka selera mari kita share kejadian fresh malam tadi, sebelum ia menjadi basi seperti banyak entry draft daku yg belum disiarkan huhuhu...

Setelah sekian lama keluarga kecil kami tak hang out, kali terakhir rasenye masa g medan ikan bakar kat Port Dickson. tu pun masa daku mula-mula pindah ke TBS ni. So malam tadi lepas maghrib kami terus menuju tempat yang dihajati iaitu SATE TULANG di Dataran Senawang. 

 Displaying photo.JPG

Thursday, December 19, 2013

PMR: MakCik2 Kepo Lebih, Semak Keputusan Melalui SMS

Assalamualaikum...

Saat ni kepoh group wasap family kami dek kerana lom dapat lg keputusan PMR kedua-dua anak saudara tersayang kami, Shuhaa & Asyiqin.

Siap ade kejadian ciba menceroboh hak asasi keputusan dieorang lagi. semua gara2 semakna yang boleh dibuat melalui SMS. Daku teringat yang daku mempunyai salinan kad pengenalan Shuhada so up la kat wasap. tapi xleh nk cek sbb xde angka giliran. dan dok dok dok bual2 teringat yg daku pernah ternampak shuhada up status kat fb yg ade angka giliran die. puas la daku scroll status fb kat page die nk cari angka giliran. sampai pening kepala daku baca status yg kebiasaannya mendapat tak kurang 100 like dari rakan taulan die tu. adoiiiiii

Dan ecited bila da dapat. antola sms kat 15888 tapi da 5 minit ni xde jawapan. bila la nk reply ni.......cepat la. makcik2 da gundah gulana ni

Untuk semakan keputusan PMR melalui SMS boleh dilakukan dengan menaip PMRNO.KPANGKAGILIRAN dan hantar ke 15888

 ~SEKIAN, WASALAM~

Monday, December 16, 2013

P&P ibu dan anak

Assalamualaikum... 

 

ini merupakan salah satu impian daku untuk direalisasikan bersama anak-anakku. Semoga masih diberi kesempatan untuk melakukannya

 ~SEKIAN, WASALAM~

Keto Kocik Pipi Montel

Assalamualaikum...

Jom jalan sape nak ikot saye

Fatihah suka betul naik kereta mainan ni. Pinjam main kat kampung kepunyaan sepupu dia. laju je dia ngengggg ngenggg. dah surey kat kedai tapi nak beli kang ruang terhad asyik terlanggar2 je pulak kat rumah kecil kami ni. tunggu pandai jalanlah nanti boleh main kat depan rumah

Sunday, December 15, 2013

Fesyen artis AIM 20 2013 yang dot dot dot

Assalamualaikum...

Anugerah Industri Muzik ke 20 2013 telah berlangsung malam semalam dengan kegemilangannya tersendiri. Acara yang diacarakan oleh Dato Aznil Hj Nawawi dan Nabil Ahmad tu kami saksikan di kaca TV dari awal sehingga saat akhir. Husband pun tak banyak soal kalini. Yelah geng lawak die ade kan kat situ so enjoy la jugak.

Daku tak mau share pasal keputusan anugerah tapi nak share apa yang daku rasa bahawa pakaian sesetengah artis ni perlu dipersoalkan. Mereka muncul di atas pentas dengan lampu sorot (spot light) yang sangat memancar dan lebih memancarkan pakaian yang tersarung di tubuh mereka

Bayi 9 bulan dirogol di Selangor

Assalamualaikum...

Subhanallah....kes rogol di kalangan kanak-kanak bawah umur semakin menjadi-jadi kebelakangan ni. jika sebelum ni saya ada berkongsi berkenaan  budak 11 tahun merogol anak asuhan ibunya yang terbaru dikatakan berlaku di Petaling Jaya dimana seorang bayi berusia 9 bulan dirogol oleh anak pengasuhnya. 

Ibu bayi tersebut terkejut apabila menemui kesan darah di lampin yang dipakai anaknya dan mendapati vagina anaknya mengalami pendarahan. Si ibu merujuk anaknya di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan bahawa anaknya telah dirogol. Ya Allah mesti luluh hati seorang ibu bila bayinya diperlakukan sebeitu. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi dan kanak-kanak lelaki tersebut kini ditahan di Malacca Action Group for Parents in Education bagi menjalankan siasatan lanjut.

 ~SEKIAN, WASALAM~

Resepi: Bubur Kacang Hijau

Assalamualaikum...


Antara hidangan untuk minum petang yang daku paling rajin nak buat adalah bubur kacang hijau. kat rumah ni memang ada simpanan kacang hijau sebab ia tahan lama. nak buat sangat mudah dan senang plus tak memerlukan banyak tenaga. husband pun suka makan bubur kacang hijau ni.

Bahan-bahan:
Kacang Hijau
Halia
Bawang Putih
Gula Melaka
Santan

Cara membuat:
Sukatan adalah mengikut citarasa sendiri
Rebus kacang hijau di dalam air sehingga kacang menjadi lembut dan pecah. Setelah kacang lembut tambahkan halia, bawang putih, santan bersama gula melaka. Biarkan mendidih untuk seketika dan siap untuk dihidangkan.

Catatan: Boleh juga menggantikan santan kepada susu cair untuk cara memasak yang lebih sihat. tetapi bagi daku bila guna susu ni hasil bubur kurang berlemak. Juga boleh ditambah biji sagu ke dalam bubur untuk memberikan tekstur kekenyalan.

 ~SEKIAN, WASALAM~

Resepi: Kuih Buah Melaka @ Kelepon @ Onde-onde

Assalamualaikum...


Harini daku nak share resepi yang sangat mudah nak sediakan dan sesuai untuk minum petang. Kuih Buah Melaka ataupun di kalangan orang jawa memanggil kuih ni sebagai Kelepon manakala orang melayu ada memanggilnya onde-onde. Semasa bercuti panjang kat rumah mak minggu lepas sempatlah daku request buat kuih ni kat mak. mak adun dan daku la yang gentel. 

Bahan-bahan:
Tepung Pulut
Air
Garam
Pewarna
Gula Melaka
Kelapa Parut

Cara membuat:
Sukatan adalah mengikut citarasa anda.
Gaulkan tepung pulut, garam, pewarna dan air sehingga adunan menjadi seperti bentuk doh yang lembut. Setelah siap bentukkan doh berbentuk bulat-bulat kecil dan masukkan gula melaka di dalamnya. Rebus di dalam air mendidih. Setelah adunan timbul bermakna ia sudah masak. gaulkan di dalam kelapa parut yang sudah ditambah sedikit garam untuk perisa.

Catatan: Adunan boleh ditambah dengan keledek rebus yang telah dilenyek untuk memberikan tekstur yang lebih lembut.

 ~SEKIAN, WASALAM~

Friday, December 13, 2013

Petua: Bayi Batuk Berkahak

Assalamualaikum...

Dah seminggu anak dara kesayangan diserang batuk dan selsema. Sedih plus kesian daku tengok keadaannya. Kalau menangis tu sampai terbatuk, ketawa pun terbatuk. Bila nak tidur lagi susah. Ibu pun susah hati melihat keadaannya serta try to buat ape2 tuk tenangkan anak kesayangan. Ditambah pula dengan serangan selsema.....nak tidur tu nak berputing tapi  boleh nak hisap sbb susah bernafas. lagi mengaruk lah die. Batuk pulak tak pandai buang kahak. memang lah sayu hati ibu Alhamdulillah selepas diberikan ubat dan amalkan petua-petua lama dah berkurangan batuknya.

Jom kongsi petua yang boleh diamalkan sekiranga bayi atau kanak-kanak diserang batuk berkahak

1. Madu asli.
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Jika madu pekat sangat, boleh tambah sedikit air.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. sila guna sudu plastik.

2. Kunyit hidup atau bawang putih.
Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. Daun kaduk.

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kismis

hadiah dari KL x habis2

Assalamualaikum... 


Husband dapat 2nd hamper plus bunga2an segar. this happened few months ago

Actually gambar cuma ada sedikit je ene mengene dengan entry ini. Dimana coklat keemasan tu menjadi santapan daku dek kerana peti sejuk sudah menyepi dari hidangan2 berkhasiat la sangat.

Harini kami sekeluarga baru menjejakkan ke rumah kecil kami di TBS setelah lebih seminggu bermaharaja lela ke kampung kedua2 belah pihak + menghadiri 3 majlis perkahwinan sabtu lepas.

Tahniah kepada pasangan
Bos husband, En Amri & pasangan
Kawan daku, Nabila & pasangan
Saudara Suami, Aminah & pasangan

 ~SEKIAN, WASALAM~

Thursday, December 5, 2013

Turn On Fraser Hill Mode

Assalamualaikum...


entry ni daku dedikasikan khas untuk kak ija kesayanganku kerana telah berjaya mengemailkan beberapa gambar percutian kami ke Fraser Hill 2 pada 22-23/11/2013 yang lepas yang dicapture oleh kamera canggih suami beliau. Gambar daku capture guna IP5 da lame smpn dl pc tgl nk upload je. banyak aktiviti menarik kami lalui dan alami. InsyaAllah diberikan kekuatan untuk update cerita

 ~SEKIAN, WASALAM~

Bebelan Khamis: Hujan Da Panas

Assalamualaikum...

Lokasi daku sefamily bertiga sekarang ni berada di Felda Bukit Rokan Utara, rumah mertua daku. Cuaca dari semalam hujan mendung je tapi alhamdulillah sekarang ni da panas. berangan jugak nak basuh baju tapi mesin basuh masih belum ada kekosongan dek kakak ipar yang masih membasuh pakaian anak2nya seramai 6 orang tuh. Mesin basuh automatik mmg la lama kan die memproses pakaian tuk dibasuh. Karang kalo da free plak ujan kang x jadi la membasuh. memang ade mesin pengering standard dobi yang terus kering bole lipat tu tapi segan la pulak nak menolong guna. huhuhu

Plannye esok kami akan berangkat ke JB.

Tuesday, December 3, 2013

Resipi: Ice Cream Homemade

Assalamualaikum... 

 Displaying photo.JPG

Ha musim2 hujan banjir ni ade tak yang nak makan ais krim? Ala kalau dah teringin ape salahnye kan....Daku pun teringin nak buat jugak ais krim homemade yang tengah glemer sekarang ni katenye senang je buatnya. so search2 kat internet, banyak sumber daku bukak n macam2 cara membuatnya. So daku ambil 1 dan olah ikut suka2 hati daku (bak kata Chef Ammar-Masak Dari Hati, Masak With Iman). Jadilah vanila ice cream mixed with milo ice cream.

Resipi:

Petition menggesa meletakkan KEUTAMAAN hanya Doktor Wanita dan Jururawat Wanita di bilik dan wad bersalin

Assalamualaikum...

Tandatangan Petition Ini

Klik link diatas untuk sign petition.

Kementerian Kesihatan Malaysia: Kami menggesa meletakkan KEUTAMAAN hanya Doktor Wanita dan Nurse Wanita di bilik dan wad bersalin.

Mari kita semua rakyat Malaysia menandatangani petition bagi menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia meletakkan keutamaan kepada hanya doktor dan jururawat wanita untuk ditempatkan di dalam bilik bersalin.

Daku sebagai seorang yang pernah bersalin di hospital kerajaan. Semasa pertama kali datang untuk melakukan pemeriksaan doktor lelaki yang memeriksa kat bawah. Daku lihat sekeliling dan memang hanya doktor lelaki (pelatih dan on call) yang berada di wad saringan. Disebabkan da sakit terpaksa tadah je lah.

Susulan Budak Lelaki 11 Tahun merogol Budak Perempuan 6 Tahun

Assalamualaikum...

Kejadian yang berlaku di Melaka pada 7 November 2013 yang lalu membuatkan daku tergamam. Macam mana kanak-kanak yang masih terlalu muda boleh terfikir untuk melakukan adegan tersebut kepada kanak-kanak lain.

Berlakunya kejadian seperti ini pihak mana yang harus dipersalahkan. Dari sumber mana kanak-kanak tersebut melihat adegan berkaitan sehingga membawanya kepada perasaan ingin mencuba. Adakah dari internet yang sememangnya tiada sekatan ataupun dia pernah melihat adegan tersebut dialam nyata sehingga beliau mahu mencubanya. Setahu ilmu pengetahuan daku yang cetek ni budak seumur 11 tahun belum "mimpi basah" untuk mendorongnya melakukan adegan tersebut.

Ya Allah macam mana masa depan mangsa kerana selaput dara telahpun koyak. mesti dia rasa rendah diri dan trauma dengan adegan yang berlaku. Mohon diberi kekuatan untuknya dan diberikan pengadilan yang sewajarnya.

Kejadian berlaku dirumah pengasuh.

Tasya first few steps

Assalamualaikum...

Tasya anak kedua kepada pasangan angkasawan negara kit ayang pertama iaitu Dr Sheikh Muzzafar Shukor bersana Dr Halina. Tasya lahir 4 hari awal daripada Fatihah iaitu pada 19.01.2013

Daku sentiasa mengikuti perkembangan Tasya melalui Blog Dr Halina. Yelah Dr Halina kan lebih berpengalaman....mane yang daku boleh jadikan pengajaran daku akan ambil.

Terbaru Tasya dah boleh jalan bertatih sendiri. Daku bangga dengan dia. masuk 10 bulan dah pandai bertatih. Fatihah baru bertatih keliling meja @ kusyen. kalau merangkak dah puas dah. InsyaAllah tak lama lagi berjalan lah mereka2 ni kan. Budak2 sekarang advance

Kalau nak tengok video Tasya bertatih boleh la klik di sini dan anda akan terus direct ke blog Dr halina

~SEKIAN, WASALAM~

Maksud Garisan Berwarna Di Belakang Tiub Ubat Gigi

Assalamualaikum...
 

Jika selama ini kita tidak ambil kisah simbol yang terdapat pada belakang tiub ubat gigi, jomlah kita mulakan langkah. Semak belakang tiub ubat gigi dan perhatikan warna apa yang tertera

Program Horey-horey Permata

Assalamualaikum... 

Hari ahad lepas telah berlangsung program Horey-HoreyPermata. Program ini adalah kesinambungan dari program Permata Negara yang telah diinspirasikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Hjh Rosmah Mansor. Kami berkesempatan ke program tersebut pada petang ahad di Dataran Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan


 Kami tiba ke Dataran Teluk Kemang pada jam 3.20pm. kebetulan ada majlis perasmian bermula jam 3.30pm. so kami pun menyelit lah dok kat khemah yang disediakan. Tepat jam 3.30pm Isteri Perdana Menteri sampai. daku sempat jugak bersalam dengan datin seri sbb kebetulan daku duduk betul2 kat sebelah red karpet yang disediakan. Majlis diacarakan oleh pengacara Maharaja Lawak mega iaitu dato' Ac Mizal dan Lan Pet Pet. Memang meriah la

Displaying photo.JPG

Sunday, December 1, 2013

vroom vroom kereta biru

Assalamualaikum...

Mohon ampun gambar2 adalah sensor!!!!!

Displaying image.jpegDisplaying photo.JPG

 Displaying image.jpeg

Anak dara mengetest kereta milik abang sepupunya iaitu anak kak long belah suami. gembira betul dia dibawak naik kereta biru ni oleh kakak2 sepupu dia pusing2 ruang beranda rumah. bila diturunkan dia kejar n main sorong2.

bila didudukkan diturunkan kaki n start sorong pelan2. daku jaga je lah kalau2 nak terjatuh kan. amboiiii lame2 laju pulak dia membawa kereta ni.

Da lame tak cerita perkembangan anak kan.

5 Ulang Tahun Disember

Assalamualaikum...

Bulan disember 2013 sudah menjelma. Cuaca pun da start mendung, sidai kain pun segan je nak kering dgn efektif.

Untuk bulan disember ni keluarga kami ada menyambut 2 ulang tahun kelahiran dan 2 ulang tahun perkahwinan:

9 Disember - Hari Lahir Akak Uda Manizawati Binti Muhamad
23 Disember - Hari Lahir Anak Saudara Dizaaisha Umairah Binti Mohd Rosmadi
25 Disember - Ulang Tahun Perkahwinan Akak Uda Manizawati & Shafie
31 Disember - Ulang Tahun Perkahwinan Akak Lang Masnainiza & Rosmadi

Dan bulan disember juga bererti pengeluaran duit yang agak besar (tiap bulan pun besar rasenye) extra la..... untuk menyambut kelahiran sitecik JMQ bererti pembaharuan road tax & insurans uhuhu.

da bgtau awal2 kat encik suami. insyaAllah duit simpanan mencukupi. lagipun keluarga kami ada menggunakan sistem duit kutu tuk road tax ni. dapat la cover sikit2

~SEKIAN, WASALAM~

Saturday, November 30, 2013

Tergoda Dengan "Kedai Lampu Memang Murah"


Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas kan kami menginap di rumah Kak Ija atas sebab nak pergi bercuti 4 keluarga. wah memang meriah la kami rasa kat sana dengan kehadiran mak n abah, family kami, family kak ayu + family tuan rumah tu sendiri. dengan kehadiran 3 orang anak comel iaitu Fatihah, Amar & Aisha (comel ker) yang riang bermain.

Banyak jugak aktiviti luar kami dimana 5 hari disana memang tak lekat kat rumah. ade je aktiivti luar nak dibuat kan......almaklumlah jarang berkumpul reramai gini syok g jalan2. Bila dok rumah tu lihat la deko2 yang ada & tiap kali datang memang tengok kat lampu yang terpasang. kita kan da ade pengalaman surey2 lampu ni konon2nya da jumpa kedai yang murah di seremban sini. So menanya la harga lampu yang tergantung tu. bila disebutkan harganya dalam 1/8 je dari harga yang kami dapat. perghhhhhhh memang da tau kan die borong kat mana....Houses Lightings yang terletak kat Puchong. 

Tukar Bateri Kereta Sitecik JMQ

Assalamualaikum... 

Setelah 2 tahun 11 bulan tepat dalam genggaman taknak cukupkan 3 tahun tuh, akhirnya sitecik daku tersayang da  sanggup nak menghidupkan auranya secara automatik. kene tolak baru nak bernyawa

Kejadian petang semalam setelah kami balik dari menziarahi arwah saudara maka singgahlah kami ke rumah kak long belah suami yang menumpang kereta bersama abah. husband keluar ke bengkel tuk teman abah ambil kereta abah yang dikhabarkan dah siap dibetulkan. pastu nak balik katanya kereta dah tak mau hidup. kene tolak baru hidup. time kami nak berangkat balik pun sama.

dan tak semena2 daku belajar macam mana nak hidupkan kereta dgn cara manual

Perigi Hang Tuah

Assalamualaikum... 

 Displaying photo.JPG

Di atas ni merupakan perigi Hang Tuah yang berada di Kampung Duyong, Melaka

Kami sekeluarga berkesempatan kesana kerana menizarahi salah seorang saudara belah suami telah kembali kerahmatullah pada malam sebelumnya. Rumah awrah betul2 dekat dengan kawasan perigi ni. Sambil menunggu ketibaan jenazah sempatlah kami berziarah ke kawasan perigi ni sambil bersolat zohor di surau bersebelahan perigi.

Terdapat ramai pengunjung yang datang dan mengambil air dari perigi ni dipercayai untuk dijadikan air penawar. kala sesiapa datang tak bawa botol boleh je beli botol yang dijual di kedai berdekatan berharga RM0.50


 ~SEKIAN, WASALAM~

Wednesday, November 20, 2013

WW: warded 2nd time

Assalamualaikum...



 gambar semasa ayah warded kali kedua khamis & jumaat minggu lepas

Fatihah ceria macam selalu. masuk ward dengar suara dia. masuk bilik fisioterapi kecoh dengan suara dia. orang2 pulak menggeram dengan dia. ibu layankan je lah

 ~SEKIAN, WASALAM~

Tuesday, November 19, 2013

Bola Sepak: Malaysia lwn Qatar

Assalamualaikum...

Sekarang ni sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Qatar. Separuh akhir baru berlalu dengan kedudukan 0-0. yes kenyataannya dah lama tak tengok perlawanan bola sepak walaupun hari2 memang husband akan bukak siaran bola. Itupun selepas daku dan anak masuk tidur kul 10 mlm.

Harini tersekat kat depan tv. yelah perlawanan mula awal kan n Malaysia lawan so husband tana kompromi terus tukar siaran ke 801 Astro Arena. Selain tu mak n abah daku ade kat rumah kami ni (yeayyyy Alhamdulillah). Sampai dalam kul 2 petang tadi berdua je dating kerumah kami.

tanggungjawab sesama manusia

Assalamualaikum...

Kalau anda rasa tak mahu bertanggungjawab pada diri sendiri, fikirkanlah ibu anda, orang lain, masyarakat, pihak berkuasa dan seluruh umat dalam dunia ni. dah kecoh satu dunia pasal ape perkembangan yang berlaku tapi kau diam diri je kan. x pasti pulak kalau kau xde contact dengan dunia luar.

Suke la tu muke masuk paper, tv, komputer, laptop, smartphone. memang glemer habis. 1 dunia tahu. padahal katenye:

Lirik Lagu: Kau Pergi Jua by iamNeeta ft. Najwa Latif

Kau Pergi Jua
by iamNeeta ft. Najwa Latif

[iamNeeta]
Kau pergi jua...
Dari hidup ku..
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua...

[Najwa Latif]
Kau pergi jua...
Dari hidup ku...
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

[iamNeeta & Najwa Latif]
Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Kau pergi jua..
Kau pergi jua..
Kini sendiri di hari-hariku..
Kini sendiri di hari-hariku.....

///:harini macam nak share lirik lagu plak. selalu dengar lagu ni mcm biase je. biasela lagu baru kan. harini dengar mcm manusuk kalbu plak. lembut je suara mereka kan. enjoy

Monday, November 18, 2013

Bekas pengasuh Taska Permata Harapan berkongsi pengalaman

Assalamualaikum...

Awal bulan haritu daku tergerak nak buat post pasal kanak-kanak didera selepas menonton video kanak-kanak dipukul menggunakan tuala hanya kerana enggan mengambil lampin pakai buang seperti diarahkan pengasuhnya.

Harini facebook NaraMedia ada berkongsi berkenaan seorang bekas pengasuh di Taska Permata Harapan yang berkongsi pengalamannya selama sebulan bekerja di taska berkenaan. Pengalaman yang lebih kepada pengalaman ngeri kepada kanak-kanak yang menghadapinya setiap hari. Mereka tidak mampu berkata-kata tetapi mereka tetap mempunyai perasaan seperti kita insan dewasa yang mampu berfikir sebaiknya. Bersama kita ikuti pengalaman bekas pengasuh tersebut:

Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa

Seram: Villa Nabila, budak hilang (updated)

Assalamualaikum...
18.11.2013

Daku terbaca kat fb pagi tadi pasal kejadian terbaru di villa nabila johor bahru dimana 23 budak telah hilang di kawasan villa tersebut dan sehingga entry ini ditaip mangsa masih belum ditemui. diceritakan bahawa kehilangan mereka sejak 16.11.2013 yang lalu. mereka masuk ke dalam villa tersebut dan tidak keluar sehingga kini.

Keputusan Pemenang Akademi Fantasia 2013 (AF2013)

Assalamualaikum...

Juara:Faizul 
Naib Juara: Azhael 
Ketiga: Amira 
Keempat:Indah 
Kelima: Nabila 
Keenam: Aisyah

Akademi Fantasia 2013. Seperti biasa bagi program realiti untuk daku, episod mingguan memang daku tak berikan tumpuan tetapi

Sunday, November 17, 2013

Resepi: Puding Kastard Jagung Bersama Potongan Kek Coklat Lembab

 Assalamualaikum

Wahhhh nama masakan tak hingat kan.
Ala2 Masterchef Australia tak name desert kita harini hihi.

 
Harini daku nak share resepi pencuci mulut yang hot kat rumah kecil kami petang tadi. sangat mudah nak buat dan barang pun smple je. Buat siap tak sampai 1 jam dah habis. Niat asal nak pulangkan kat jiran yang sedekah sebelum ni tapi sebab syok sangat makan da kene buat 2nd batch untuk beri jiran.

Jom tengok resepi

risiko mengambil ubat semasa menyusukan anak

Assalamualaikum..

Kan hujung bulan lepas daku diserang demam. risau jugak rasa hati nak mengambil ubat sebab sedang menyusukan anak kan. Takut ade risiko ubat menyerap ke dalam susu badan dan memberi kesan tidak selamat pada anak tersayang. Alhamdulillah seminggu sebelum demam tu daku ada terbaca risalah berkenaan pembambilan ubat semasa menyusukan anak ni. Boleh la daku amalkan.

Motivasi diri: Perasan Tak?? Kealpaan Duniawi

Assalamualaikum...
PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH (kelebihan)

Assalamualaikum...
Surah Al-Fatihah memang diketahui mempunyai banyak manfaat bila diamalkan. InsyaAllah perkongsian yang sedikit ini dapat kita praktikkan bersama. Semoga Allah merahmati ikhtiar kita.
  1. Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
  2. Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepas-kan rasa sakit dalaman
  3. Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental
  4. Baca 3 kali tiup dalam segelas air

Saturday, November 16, 2013

Cina bagi makan usus babi pada ikan patin, talapia, keli




Rawang. Seorang pemilik perusahaan pemprosesan babi milik cina tanpa lesen menjadikan organ dalaman iaitu usus babi sebagai makanan ternakan kepada ikan patin, ikan talapia dan ikan keli sebelum dijual dan dipasarkan pada peniaga peniaga cina. Sumber mengatakan ikan patin, ikan talapia dan ikan keli yang dipasarkan oleh peniaga cina ini adalah khas untuk pelanggan Melayu.

Ikan patin, ikan talapia dan ikan keli itu diternak dengan menggunakan kaedah sangkar di lombong dan kolam berhampiran.

Friday, November 15, 2013

Discharge KPJ yang lamenye

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kami da selamat sampai rumah lebih kurang kul 10.15 tadi.

Urusan check mengecheck dah siap cuma urusan nak discharge mengambil masa yang lamenye.....dari kul 6 kami tunggu sampai ke kul 9.45 baru keluar.

Tahniah UPSR anak saudaraku

Assalamualaikum...

Baru teringat.

Daku nak ucapkan tahniah kepada anak-anak saudaraku atas pencapaian mereka dalam UPSR 2013

 
Nurul Farah Irdina Binti Harul Nizam (sebelah daku)


Aina Nur Safiyyah Binti Morad (sebelah suami)

Yang berjaya memperolehi keputusan

Pelangi Kembar @ Twin Rainbow

 


Perpisahan tak kupinta

Assalamualaikum

Perpisahan terjadi lagi. Suami keseorangan disana dan daku bersama anak disini. Kami terpaksa mengambil keputusan ini demi masa depan yang lebih baik.

Perpisahan ke 2 berlaku semenjak kami mengambil keputusan untuk tinggal bersama. Rindu tak tertanggung rasanya.

Cheewah bermadah berhelah la kan pagi-pagi ni. Da la mendung semacam je. Malam tadi pulak hujan tengah-tengah pagi. 

Suami semalam masuk ward selepas menunggu 2 hari untuk mendapatkan katil.

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULLUAH SAW

Assalamualaikum

Di pagi jumaat yang hening ni mari kita muhasabah diri. Daku nak kongsi bahan bacaan yang daku baca iaitu empat tahap mendidik anak cara Rasulullah SAW mengikut tahap umur anak-anak

Anak Berusia 0-6 Tahun
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai serta memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali merotan mereka bila melakukan kesalahan.

Anak Berusia 7-14 Tahun

Thursday, November 14, 2013

Siku terkehel pada kanak-kanak



Para ibu bapa

hati-hati semasa anda memimpin, mengangkat atau mengkayunkan anak anda. Mereka mungkin mengalami kecederaan dalaman jika anda tersilap sangka. 
~SEKIAN~

Wednesday, November 13, 2013

Selipar JEPUN ke selipar ADIK

 Perbualan antara ibu dan anak perihal selipar baru


WW~SENYUMSIMPUL

~SEKIAN~

Tuesday, November 12, 2013

Cucu Ke-20 Selamat Dilahirkan

Assalamualaikum

Sekarang ni kami berada kat rumah. Dah daftar masuk kat KPJ pagi tadi tapi lom ade katil kosong. So kene tunggu KPJ call bgtau ade katil kosong then baru berangkat kesane n masuk wad. Agak2 ptg ni atau esok la baru masuk.

Alhamdulillah Keluarga kami, sebelah husband makin bertambah ahli. Fatihah mendapat sepupu baru jam 8.03 pagi tadi. Selepas wat pendaftaran kat KPJ ade masa kami melawat baby kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (Hospital Besar Seremban). Time melawat kul 12.30-2pm.

Kadar Deposit Kemasukan Ke Wad KPJ Seremban

 admissioncharge

Gambar menunjukkan kadar deposit yang dikenakan kepada pesakit yang ingin mendaftar masuk wad KPJ Seremban Sepecialist Hospital. 

Teringat pulak kos yang dikenakan semasa husband and anak admit haritu

Husband: RM 14,500 ++
Kes kemalangan dan pembedahan

Anak: RM 4,500 ++
Kes demam dan pneumonia

kedua-duanya admit untuk 4 hari 3 malam

Alhamdulillah insurans yang bayar. Insurans provided by company husband yang cover untuk seisi keluarga pekerja, isteri dan anak. Kalau de insurans bersabar n masuk hospital kerajaan je lah.

~SEKIAN~